Google
 

Saturday, August 11, 2012

Petua Mengajar Anak Berpuasa Ramadhan

Letihnya sampai kasut tak sempat nak buka : Kredit kepada : Edparit

Assalamualaikum dan selamat berpuasa untuk umat islam seluruh dunia, terutama warga Malaysia. Sekarang sudah masuk Ramadhan ke 22, masih tidak terlewat untuk mengajar anak berpuasa.  Teringat dulu-dulu masih kecil ibu selalu berkata ` Kalau puasa nanti ibu buatkan baju raya baru' bukan main semangat lagi berpuasa. Dibawah ini ada beberapa lagi tip-tip yang boleh digunakan,

1. Terangkan kepada anak anda tentang kebaikan berpuasa didalam bahasa yang mudah difahami oleh anak.

2. Latih sedikit demi sedikit amalan berpuasa, sebagai contoh berpuasa 1/2 hari, 1/3 hari.

3. Jangan memaksa terlalu memaksa anak jika mereka masih kecil jika pada waktu tengah hari mereka tidak berdaya, biarkan mereka berbuka.

4.  Kurangkan menonton television kerana banyak iklan-iklan `mengugat' kesabaran mereka untuk meneruskan puasa.

5. Jangan biarkan anak anda yang masih kecil makan atau minum didepan abang atau kakaknya dikuatiri bakal abang-abang atau kakak-kakaknya pun berbuka.

6. Di siang hari jangan galakkan anak-anak anda aktif bermain, kerana akan memenatkan mereka.

7. Kejutkan anak-anak anda bersahur dengan penuh berkhemah, supaya mereka makan dan minum dan berpuasa esok harinya.

8. Jamu makanan yang digemari oleh anak diwaktu berbuka.

9. Berjanjilah dengan anak seperti beli baju raya, kasut dan sebagainya jika mereka berpuasa penuh. Anda tidak digalakkan `merasuah' anak anda dengan wang ringgit.

Semoga sedikit sebanyak tip-tip diatas dapat membantu anda dalam mengajar anak berpuasa kerana  ~ MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG~

Selamat mencuba.

Banyak petua mengajar anak berpuasa yang telah dipostkan oleh rakan-rakanku,
3. murai

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih