Bendi (Lady Finger) |
Assalamualaikum dan apa khabar semua?. Petua kali ini berkenaan bendi. Tahukan anda bendi boleh mengurangkan paras gula dalam darah?. Macam tak percaya tapi tak salah dan bukannya susah sangat nak cubakan?.
Caranya senang sahaja. Ambil
2 batang bendi, kerat bahagian atas dan bawah tetapi anda mesti kelar-kelar bahagaian
tengah kedua-dua bendi itu. Kemudian masukkan ke dalam gelas yang berisi air kosong.
Tutup
gelas dan biarkan semalaman pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan
bendi dari gelas dan minum air tersebut sebelum sarapan pagi. Amalkan
setiap hari. Anda akan lihat hasil bacaan gula menurun dalam masa 2
minggu insallah.
Diantara khasiat kacang bendi lain adalah seperti berikut:
- Mencuci hati.
- Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
- Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
- Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
- Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
- Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
- Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
- Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
- Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
- Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang baik.
Sumber : IzzyWafi
Sumber : NoorMalarSahar
No comments:
Post a Comment