Assalamualaikum semua dan selamat berpuasa. Kali ini Fatin ingin berkongsi petua pemakanan sepanjang bulan yang mulia ini.
1. Waktu berbuka puasa, elakkan daripada minum minuman yang sejuk (berais) - Perut akan menjadi kembung dan badan akan menjadi lenguh-lenguh. Sebaik-baiknya ikutlah sunnah Nabi iaitu makan beberapa biji kurma dan minum air kosong.
2. Kemudian teruslah bersolat Maghrib, dan barulah makan makanan agak berat.
3. Ketika bersahur, banyakkan makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dan juga makanan yang bergizi tinggi. Cuba elakkan makanan yang berminyak, berlemak atau terlalu masin, ini kerana akan menyebabkan anda berasa sangat dahaga disiang hari. Kepada mereka yang mengidap penyakit gastrik, anda dinasihat supaya minum susu, kerana susu dapat mengelakkan perut menjadi pedih disiang hari.
4. Setelah makan jangan terus tidur, kerana perut memerlukan masa untuk mencernakan makanan yang masuk. Seelok-eloknya buatlah kerja seperti mengosok pakaian sementara menanti masuk waktu subuh.
5. Anda dinasihatkan untuk mengosok dan floss gigi selepas berbuka atau bersahur dan kalau boleh berkumur-kumur dengan antiseptik seperti Lestrin dan sebagainya, untuk mengelakkan dari makanan
terlekat digigi.
Semoga beberapa tip diatas dapat memberi faedah kepada anda semua, jika anda ada sebarang komen atau tip-tip yang berguna sila hantar ke ruangan komen dibawah post ini.
Selamat berpuasa ~ Semoga Ramadhan kali ini, menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua Aminnnn...
No comments:
Post a Comment