Google
 

Sunday, April 10, 2011

Rahsia Meningkatkan Imuniti dan Awet Muda Untuk Warga Emas

Menurut Dr. Haji Abdul Shatar Mohd. Dahan, Pakar Perubatan Am & Kardiologi Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) dan Hospital KPJ Tawakal berkongsi rahsia  dan tip bagaimana meningkatkan imuniti tubuh dan memperlahankan proses penuaan. Ini kerana baginya penuaan bukanlah proses yang perlu ditakuti sebaliknya ia ialah fasa yang mampu menjadi lebih baik jika seseorang itu menerima secara positif dan telah membuat persediaan awal.

Diantara `rahsia' meningkatkan  imuniti dan kekal muda,

1. Jangan amalkan makanan yang tinggi kandungan kalori dan menghadkan pengambilan daging merah kerana menyumbang kepada toksik didalam badan.

2. Jaga kesihatan mental dan mengurangkan tekanan.

3. Banyak makan buah-buah dan sayuran sekurang-sekurang 4 sajian sehari. Ini kerana buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang boleh menentang radikal bebas didalam badan.

4. Mengambil makanan tambahan seperti Vitamin E, B, D dan C.

5. Tidur dengan cukup dan nyenyak

6. Minum air secukupnya

7. Sentiasa bersenam ringan selama 30 minit seperti berjalan kaki dengan cergas.

8. Menggunakan pelembab. Cahaya matahari yang terik akan mempercepatkan proses penuaan, oleh penggunaan pelembab boleh mengurangkan kesan terik matahari.

9. Minum susu segelas sehari boleh menguatkan tulang. Dari kajian mendapati penyerapan vitamin D dikalangan warga emas 40% lebih rendah ketika mereka masih muda.

10.  Berpuasa. Kajian yang dilakukan mendapati berpuasa berupaya meningkatkan imuniti dan menyihatkan badan.

Sumber : Info Kesihatan ms.38

Stay young with healthy lifeYou: Staying Young: The Owner's Manual for Extending Your Warranty101 Ways to Stay Young in Health and HeartLive Young Forever: 12 Steps to Optimum Health, Fitness and Longevity

 

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih