Google
 

Thursday, August 19, 2010

Tip Ramadhan : Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga Puasa



Tip ini untuk adik-adik atau anak kita yang baru nak belajar berpuasa.

Masa bersahur

1.  Jangan lupa kunci jam, atau handphone untuk bangun sahur. Kalau anda jenis tidur `mati'
atau tinggal seorang diri, boleh juga minta tolong orang lain (ibu, kawan dan  saudara untuk `call'  anda.)

 2. Masa bersahur hendaklah pilih makanan yang kurang atau tidak berminyak dan terlalu
masin. Ini untuk mengelakkan rasa dahaga diwaktu siang hari.

3. Minum susu ini sangat baik bagi mengelakkan perut senak dan sakit terutamanya kepada mereka yang ada gastrik.



4. Sebelum anda makan nasi, buat dulu 3 gumpalan nasi. Mula-mula, anda baca Surah Al-Ikhlas sekali. Selepas membacanya, makan segumpal nasi yang telah digumpal tadi. Kemudian, ulangi dengan membaca Surah Al-Ikhlas dan makan segumpal nasi untuk kali ke-2 dan ke-3. Sesudah itu, barulah anda makan nasi beserta lauk pauk yang ada seperti biasa.



Semasa berpuasa (Siang Hari)

1. Jangan kerap tidur kerana akan membuatkan anda lebih lapar.

2. Kalau boleh kurangkan aktiviti luar.


Selamat Mencuba!

Nota : Teringat masa kecil dahulu,  balik dari sekolah terus lekapkan perut ke lantai nak sejuk  dan kerap masuk bilik air basuh muka !!!!






No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih