Google
 

Friday, September 3, 2010

Tips Mencari Malam Lailatul Qadar.



"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya (malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.Selamat sejahteralah ia (malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)." Surah al Qadr.

Petua-petua Mencari Lailatul Qadar.
Menurut  Iman Ghazali dan beberapa ulama, jika awal ramadhan jatuh pada hari ,
1. Ahad atau Rabu  maka  malam lailatul Qadar akan jatuh pada malam 29 Ramadhan.
2. Isnin maka  malam lailatul Qadar dijangka jatuh pada malam 21 Ramadhan.
3. Selasa atau Jumaat  maka  malam lailatul Qadar akan jatuh pada malam 27 Ramadhan.
4. Khamis maka  malam lailatul Qadar dijangka jatuh pada malam 25 Ramadhan
5. Sabtu maka  malam lailatul Qadar dijangka pada malam 23 Ramadhan.

Ini adalah petua sahaja. Hanya Allah yang Maha Mengetahui bila malam Lailatul Qadar itu.
Kalau betul tekaan saya, insallah akan berlaku pada 29 Ramadhan

Tanda-tanda Lailatul Qadr

“Nabi SAW telah keluar, sedangkan orang ramai sedang bertelingkah, maka Nabi bersabda: Aku keluar kepada kamu dan aku akan memberitahu kepada kamu tentang Lailatul Qadr, tetapi aku khuatir kalau kamu berpegang kepadanya dan semoga menjadi lebih baik, kerana itu kamu cari Lailatul Qadr itu pada malam dua puluh satu, dua puluh tiga, dua puluh lima, dua puluh tujuh dan pada akhir malam Ramadhan dan tanda-tandanya udara malam itu tenang, tidak panas dan tidak sejuk, matahari terbit pada paginya tidak tajam cahayanya, siapa yang bangun pada malam Lailatul Qadr terdorong oleh iman dan benar-benar mengharapkan pahala dari Allah SWT, maka Allah SWT akan mengampunkan semua dosa yang terjadi sebelumya." (Riwayat Al-Hasan)
Perkara yang perlu dilakukan jika kita bertemu dengan Lailatul Qadar. 

Diriwayatkan Aisyah RA. Beliau berkata: “ Wahai Rasulullah SAW bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar?. Apa yang perlu saya ucapkan pada malam itu?.

Baginda bersabda: “ Ucapkanlah Ya Allah, kami bermohon padaMu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni hamba-hambaMu, maka ampunlah( dosa-dosa) kami . (Riwayat at-Tarmizi, Nasai, Ibnu Majah dan Ahmad)
                                                                                                                                                                                               Mengapa Allah Mengadakan Lailatul Qadar.
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. 


Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan. 

Sektsa Upin -Ipin : Malam Lailtul Qadar

Link yang berkaitan Lailatul Qadar.  di MasjidNegara                                         

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih