Google
 

Tuesday, September 21, 2010

Petua Halang Dan Basmi Anai-Anai


Cooper Brite #10 Termite Prufe 1 LBAssalamualaikum semua, Hari raya kali ini bukan sahaja fatin bertungkus-lumus menyediakan juadah tetapi juga terpaksa bertungkus-lumus `berperang' dengan mahluk kecil  ---> Si anai-anai.

Nampaknya anai-anai telah menyerang kayu tangga rumah ibu Fatin. Ibu dan adik telah membersihkan busut anai-anai dengan mortien !!.  Sebelum membunuh anai-anai adalah lebih baik kita mengenal apa dia anai-anai.

Terro 1100 Termite and Carpenter Ready-to-Use Ant Control -QuartTermites and Borers: A Home-Owner's Guide to their Detection, Prevention and ControlANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis semut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.

Diantara petua yang boleh digunakan seperti berikut,
1.  Bersihkan busut anai-anai, kemudian curahkan thinner (pencair cat)  2-3 botol bergantung kepada banyak atau sikit anai-anai yang ada. Gunakan 2 pusingan. Telah dicuba oleh adik fatin alhamdulliah berkesan.

2. Curahkan diesel atau air garam panas ke busut anai. Selepas dikenalpasti busut anai-anai.

3. Ambil hati pari ditanam dikeliling rumah mengikut anggaran jarak yang berpatutan atau ditanam di dalam lubang yang yang dikorek dalam rumah (ditepi lubang anai-anai ).Kalau dalam rumah , tutup lantai tersebut dengan filler atau simen supaya tidak dihurungi oleh semut.Begitu juga ia boleh ditanam pada pangkal pokok yang diserang anai-anai.Tapi awas ! gunakan glove untuk memegang hati pari kerana hati pari yang lama akan melekat pada tangan anda.

4. Sekiranya anai-anai sudah diperingkat teruk, Fatin syorkan panggil `pest control' kerana mereka lebih arif.

Selamat mencuba.
 
 Cute jugak tapir nie kan !!

Fatin: Kalau tidak mahu hilang bela jer TAPIR 2 -3 ekor sure tak berani anai-anai berani nak serang  .. he he he

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih