Google
 

Friday, January 28, 2011

Menyegarkan Kembali Cinta diHati Isteri Anda


Adakan perkahwinan anda menjadi suram? Semakin meningkat usia perkahwinan 
semakin hilang kemesraan?. Berikut beberapa tip-tip penyegaran cinta supaya 
perkahwinan anda tidak terus layu dan terhakis .  Diantaranya peranan yang 
boleh diambil oleh sisuami
                                                                                                                                                                                                  


1. Meningati Kenangan Indah
    Contoh menonton filem yang pernah memberi kesan pada  anda berdua, berkunjung ke 
    tempat pertama `dating' dan  saling mengingati tarikh ulangtahun perkahwinan, tarikh
    lahir isteri.


2. Mengucapkan kata-kata sayang
    Percayalah ramai isteri-isteri yang sangat menginginkan ucapan sayang dan cinta dari si 
    suami. Masalah ucapan sayang terlalu sukar malahan diabaikan oleh pemuda pujaan 
    hatinya dahulu. 


3. Peka terhadap isteri
    Anda juga mestilah menjadi suami yang peka terhadap isteri seperti bertanya mengapa dia
    murung, gembira, perubahan penampilan  dan sebagainya. Ini penting kerana ia 
    menandakan yang anda suami yang sangat prihatun mengenai isteri anda. Pujilah isteri 
    anda bila ia nampak cantik dari kebiasaan. Pujian ini boleh memberi semangat dan 
    penambah cinta kepada suami anda.


4. Menghidupkan  suasana romantik
    Sekali sekala berilah hadiah kepada isteri anda, sama ada semasa ulangtahun perkhawinan 
    atau semasa hari lahirnya. Ini akan membuatkan isteri anda rasa dihargai dan masih 
    dicintai oleh anda . Makan berdua-duaan juga boleh menyegarkan kembali `roh' cinta anda.



5. Bahagikan waktu
    Kerjaya sering menjarakkan hubungan suami dan isteri. Ini menimbulkan rasa tidak     
    dihargai dan kesal oleh si isteri. Cuba bahagikan masa anda dengan isteri dan anak-anak
    walaupun sesibuk manapun anda. Anda tidak senang untuk bekerja jika bergaduh dengan 
    isteri dirumah. !
    
6. Bergaya untuk isteri 
    Sekali-sekala pakailah pakaian yang kemas dan memakai wangian ketika dirumah atau 
    ketika keluar bersama isteri. Ini kerana isteri akan rasa lebih sayang kerana mempunyai 
    pasangan yang kemas dan bergaya.  Seringkali si suami lupakan soal penampilan ini sebalik 
    sering merungutkan penampilan si isteri.

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih