Google
 

Saturday, July 18, 2015

Petua Rambut Sihat Dan Panjang




0. Jangan Cuci Rambut Terlalu Kerap.
Seelok-eloknya cuci 2 – 3 kali seminggu dengan menggunakan air yang tidak terlalu panas dan jangan ikat rambut terlalu ketat.
 1. Mengamalkan Vitamin

Pengambilan vitamin mampu membantu anda membaiki kerosakan rambut serta membantu rambut tumbuh kembali dengan lebih cepat dan sihat selain mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Tapi, perlu diingatkan agar anda dapat mengambil vitamin yang sesuai dengan tubuh anda.
2. Kerap Memotong Hujung Rambut

Bagi membantu mempercepatkan rambut anda panjang, anda perlu rajin meluangkan masa dengan memotong hujung rambut anda terutamanya rambut yang rosak dan kering. Sebaiknya, anda perlu memotong hujung rambut tersebut secara teratur dan jadikannya sebagi rutin, sebagai contoh 2-4 bulan sekali, potong sekurang-kurangnya 1/2 cm hujung rambut yang rosak dan kering tersebut.

3. Protein

Banyakkan mengambil makanan yang mengandungi protein seperti kacang tanah, ikan, kacang hijau, soya dan biji-bijian yang lain, ia sangat membantu rambut anda tumbuh lebih cepat. Selain itu, rambut anda juga tumbuh dengan lebih sihat dan kuat.

4. Kurangkan aktiviti berenang

Jika anda seorang yang sukakan aktiviti berenang, anda perlu mengurangkan aktiviti tersebut atau elakkan berenang di kolam renang yang mengandungi air yang berklorin kerana air klorin merupakan salah satu punca rambut anda mudah rosak. Air klorin juga menjadi salah satu sebab kenapa rambut anda lambat tumbuh. Selain air berklorin, air laut juga boleh menyebabkan rambut cepat kering dan rosak seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut anda.

5. Elakkan melakukan aktiviti yang merosakkan rambut

Sebarang rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti hair dryer, culers dan flat irons sebaiknya dielakkan kerana ianya boleh menyebabkan rambut anda rosak dan melambatkan pertumbuhan rambut.

6. Minyak Zaitun.

Penggunaan minyak zaitun boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut. Titikan 4-5 titis minyak zaitun ke kulit kepala, ratakan dan ramaskan ke seluruh kulit kepala. Biarkan semalaman dan cuci keesokan paginya.

7. Teh Hijau.

Caranya adalah dengan meratakan teh hijau ke kulit kepala dan seluruh bahagian rambut, Bungkuskan rambut anda dengan kain, biarkan 20 minit dan selepas itu, bilas sehingga bersih.

8. Santan.

Gunakan 300 ml - 500 ml santan dan ratakan ke kulit kepala & rambut. Kemudian tutup rambut dengan kain yang direndam dengan air suam dan biarkan selama 15 - 20 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Selain membantu menjadikan rambut mudah panjang, santan juga membantu menghitamkan serta menjadikan rambut lebih berkilau.

9. Kulit Epal

Gunakan kulit epal yang sudah dikupas, sapukan pada seluruh bahagian rambut dan biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas hingga bersih.

10. Banyakkan meminum air

Minum air 8 gelas sehari bukan sahaja menyihatkan tubuh tapi juga mengaktifkan sel-sel dalam rambut yang membantu rambut lebih cepat panjang. Semakin kuat akar rambut anda, semakin sihat rambut yang anda miliki.

11. Vitamin B

Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan rambut mudah kering, rapuh dan bercabang. Amalkan vitamin B secara konsisten untuk rambut yang lebih sihat.

12. Hot oil scalp massage.

Salon-salon kecantikan pada masa kini kebanyakannya menyediakan rawatan mengurut kulit kepala dengan minyak khusus. Rasa hangat yang akan meresap ke kulit kepala boleh membantu merangsang kepada pertumbuhan dan kesihatan rambut. Rambut yang sihat akan lebih mudah untuk tumbuh.

13. Elakkan penggunaan pengering rambut

Pengering rambut memang sangat membantu mengeringkan rambut secara cepat terutamanya bagi anda yang sering kesuntukan waktu. Tetapi awas ye...penggunaan pengering rambut ini boleh menyebabkan rambut kering dan mudah putus akibat dari udara panas alat tersebut. Bagi memastikan rambut anda tetap sihat, keringkan rambut dengan cara semulajadi, angin-anginkan sahaja atau jika tiada pilihan, gunakan pengering rambut dalam jarak yang tidak terlalu dekat dengan suhu yang tidak terlalu panas.

14. Pilih produk yang tepat.

Setiap produk kesihatan rambut mempunyai pelbagai fungsi mengikut jenis dan keperluan rambut. Jadi sebelum membeli apa-apa produk rambut, pastikan anda membaca label terlebih dahulu bagi memastikan produk tersebut sesuai dengan jenis dan keperluan rambut anda. Jika inginkan rambut lebih cepat panjang, cari produk yang mengandungi "stimulating growth treatment".

16. Potong rambut secara rutin

Memotong rambut secara rutin boleh membantu agar rambut lebih cepat panjang. Kenapa? Sebabnya hujung rambut kita biasanya akan lebih kering dan mudah putus kerana lebih banyak terdedah kepada cahaya matahari, aircond, debu dan pengering rambut. Keadaan ini memerlukan rambut diganti baru dengan memotong hujung rambut yang rosak supaya rambut yang baru boleh tumbuh dengan lebih cepat.

16. Tidur yang cukup.

Ketika kita tidur, sel-sel tubuh kita akan melalui proses pemulihan (renew cell), jadi tidur amat penting bukan sahaja untuk kesihatan tetapi untuk seluruh bahagian tubuh termasuk kulit, kuku dan rambut. Jadi, penting untuk kita memastikan tidur yang mencukupi bagi memastikan kulit, kuku & rambut kita sentiasa sihat. Secara umumnya jika tidur kita tak cukup, rambut akan menjadi kusam & kering sehingga pertumbuhan rambut juga turut 

terbantut.

17. Mengurut kepala merupakan cara yang paling baik untuk membuatkan rambut cepat panjang. Ini adalah kerana urutan meransang pengaliran darah yang membawa nutrien penting ke folikel rambut anda.

18. Sekiranya anda merasakan sebab utama rambut anda lambat tumbuh adalah kerana anda kerap menggunting rambut, anda silap. Sekiranya anda potong rambut, anda telah memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rambut yang tidak sihat tidak akan tumbuh dengan cepat.

19. Menyikat rambut juga penting untuk menjadikannya cepat panjang. Secara tidak langsung sikat anda mengurut rambut dan kepala dan membantu meratakan nutrien penting ke seluruh rambut anda.

Iklan Tetap
 Top 10 trust program
How to make $1,456.3985/Month
Make $200/daily. No Investment
Malaysian Most Trusted Affiliates
Dapatkan Traffik Percuma Disini
Find Your Side Income - Zero Investment
Tinggi traffik = Lebih Untung  Produk kesihatan lelaki &;Perempuan harga terbaik,   Kedai jual produk herba dan alatan kesihatan terhebat, Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik,   Anda boleh baca bahasa Inggeris, klik sini ada peluang baik


No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih