Ketiak anda berbau dan berwarna hitam ? Untuk mengatasi masalah ini ada beberapa petua yang mudah untuk diamalkan,
1. Ambil bunga tanjung, melati, melur, kenanga ,bunga mawar dan limau purut yang dibelah masukkan kedalam baldi yang berisi air dalam sebaldi air. Kacau hingga rata dan biarkan semalaman. Kemudian mandi seperti biasa.
2. Gunakan sebekas hampas kelapa, kemudian lumurkan pada ketiak dan biarkan selama lima minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu.
3. Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.
4. Rebus daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
5. Sebelum mandi ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian basuh dengan air semasa mandi.
No comments:
Post a Comment