Google
 

Tuesday, April 26, 2011

Petua Kumpul Wang Untuk Majlis Perkahwinan

Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan Bersama Orang Dicintai Impian Setiap Insan
Biasanya pada hujung tahun dan setiap cuti sekolah ramai yang akan mengadakan kenduri kawin.  Bagaimana dengan anda? Sudahkan anda berumahtangga ? Jika duit masalahnya  ikutilah petua dibawah ini,

1. Membuat Simpanan Bulanan
Getting Ready for Marriage Workbook : How to Really Get to Know the Person You're Going to MarryKetika masih bujang, bebanan tanggungan anda masih belum banyak, anda dinasihatkan supaya mendisplinkan diri dengan membuat simpanan bulan contoh dimasukkan didalam akaun yang boleh memberi dividen setiap tahun sebagai contoh Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan lain-lainnya. Ini kerana ASB atau amanah saham yang lain memberi dividen dan bonus setiap tahun. Anda juga digalakkan menyimpan sekurang-kurang RM500 sebulan atau kalau anda dapat simpan lebih terutamanya jika anda dapat bonus atau duit kerja lebih masa, Dengan adanya simpanan ini, boleh anda gunakan untuk majlis perkahwinan anda nanti.

  2. Elakkan Penggunaan Kad Kredit
Elakkan menggunakan kad kredit kerana kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja dengan berlebihan tanpa anda sedari. Beli barang/perkhidmatan yang anda mampu sahaja dan elakkan daripada berhutang. Amalkan konsep ini `` Sudah Cukup Wang, Barulah Beli'.
3. Buat Senarai Perbelanjaan 
Before You Plan Your Wedding...Plan Your Marriage Buat `check list' barang-barang/ perkhidmatan  yang akan dibeli untuk majlis perkahwinan. Cara ini boleh mengelakkan anda dari membeli barang - barang tidak diperlukan dan dapat mengelakkan pembaziran.

4. Ambil Insuran
Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko, anda dinasihatkan untuk mengambil insuran yang merangkumi kesihatan dan simpanan sebagai persiapan anda untuk masa hadapan. Anda juga boleh `hadiahkan' premium insurans sebagai `hantaran kepada bakal isteri anda nanti. Sekurang-kurang isteri anda nanti mendapat perlindungan dan tabungan untuk masa depannya.

5. Berbincangan Dengan Bakal Pasangan
Buat perbincangan awal dengan bakal isteri/suami anda  terutama dari simpanan bulanan, supaya bakal suami/isteri juga turut menyimpan dan tidak terlalu berharap kepada tabungan anda sahaja. 

101 Things I Wish I Knew When I Got Married: Simple Lessons to Make Love LastAmbil kata sepakat dengan bakal pasangan anda  dan keluarganya untuk mengadakan majlis sederhana bagi mengelakkan pembaziran. Perbincangan awal ini boleh mengelakkan konflik yang kadangkala boleh mengoyangkan impian anda iaitu `menuju gerbang perkahwinan'. 

6. Mengikuti Program Perkahwinan Secara Beramai-Ramai (Perkahwinan Perdana)
Sekiranya tidak menjadi halangan bagi kedua-dua belah keluarga pengantin, anda boleh memilih untuk melangsungkan perkahwinan anda secara beramai-ramai sama ada bersama dengan adik beradik yang lain atau satu kariah.  Sebagai contoh perkahwinan perdana dikampung Delek Kelang yang telah disertai oleh 44 orang pasangan dan sertai oleh 2,000 orang.  
Before You Say "I Do": A Marriage Preparation Manual for CouplesDengan menyertai Perkahwinan Perdana seperti ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan anda, sebalik duit yang anda boleh digunakan untuk membeli perkakasan/perabut rumah.
Nota : Insallah bila sampai seru..

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih