Ayam goreng memang sedap, bagaimana nak elak minyak mercik? |
Mengoreng atau penggorengan ialah salah satu teknik memasak makanan dengan menggunakan minyak atau lemak sebagai medium dengan api. Ada dua teknik menggoreng seperti menggoreng dengan menggunakan minyak sedikit dan minyak banyak. Berikut beberapa tip apabila anda menggoreng dengan menggunakan minyak banyak,
Minyak mesti mencecah suhu terbaik untuk merangupkan bahagian luar sambil memasak keseluruhannya. Suhu tersebut adalah lebih kurang antara 350F dan 375F.
Guna minyak canola untuk menggoreng. Ia rendah lemak, kadar pembakaran tinggi, dan tidak mengurangkan rasa makanan yang digoreng.
Elakkan menggoreng kuantiti yang banyak di dalam
kuali yang sama. Makanan perlu dikelilingi minyak mendidih, dan suhu
juga harus dikekalkan.
Jika memasukkan kuantiti makanan yang banyak
dalam minyak yang sedikit, suhu akan menurun dan makanan akan menjadi
bergris dan berketul.
Jangan isi minyak lebih dari separuh kuali. Ini untuk mengelakkan terlebih didihan apabila makanan dimasukkan.
Keringkan makanan dengan tisu sebelum dimasukkan ke dalam kuali supaya dapat mengurangkan percikan minyak.
Sumber : TryMasak
Anda berminat,
1. Bagaimana mengoreng pisang rangup?
2. Petua elak makanan melekat masa menggoreng?
3. Petua elak minyak mercik semasa menggoreng.
iklan : Bernikah Lepas Raya ? Gugup jom dapat tip-tip, Petua `SAVE' duit, Kepuasan tidak terhingga buat sang hawa, Dilengkapi gambar dijamin berkesan, Produk kesihatan lelaki & Perempuan harga terbaik, Kedai jual produk herba dan alatan kesihatan terhebat, , Camna pembuat dodol jadi kaya, percuma trafik, siapa nak ole-ole ramadhan tahun ini ?. Anda boleh baca bahasa Inggeris, klik sini ada peluang baik punya.
No comments:
Post a Comment