Wednesday, September 3, 2008
Tips Penjagaan Jantung
Jantung merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalarn tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dan awal diberikan kepada jantung.
Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.
Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Diantaranya,
Kawalan berat badan
Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.
Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.
Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.
Pemakanan
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.
Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.
Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.
Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.
Berhenti merokok
Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.
Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.
Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.
Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.
Perubahan gaya hidup
Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.
Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.
Klik HEALTH TIPS
Iklan Percuma Selamanya http://freeadportal.blogspot.com
Funny Joke/Video http://just-funny2000.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Pernahkan telinga anda/anak yang telah dimasuki oleh serangga terutamanya semut?. Mesti panik bukan. Petua mengeluarkan mudah sa...
-
Ramai diantara kita yang gemar makan hati ataupun kaki ayam. Lebih sedap dimakan jika digoreng garing. Bagaimanapun hati dan kaki ayam ini m...
Best ! Blog To Visit
-
-
Daging Tikus Dijadikan Makanan Seharian dan Lebih Mahal dari Daging Ayam - Di Vietnam, tikus telah dijadikan menu utama dalam hidangan seharian mereka. Menurut mereka tikus merupakan sumber protien yang sangat baik untuk tubuh...
-
Berita Palsu A R Badul - Assalamualaikum semua. Pagi ini kita telah dikejutkan dengan pemergian pelawak dan pelakon veteran A R Badul yang telah dikatakan telah meninggal dunia. T...
-
-
Queen Helena Cholesterol Hair Conditioner - [image: Helena] Queen Helene Cholesterol Hair Conditioning Cream is the original professional formula deep conditioning treatment for dry, damaged, chemica...
-
Agen Pembersih Kolesterol Yang Tersohor - Harga pasaran : RM80 (Semenanjung) RM90 (Sabah/Sarawak ) Harga diElizatrading Harga pasaran : RM75 (Semenanjung) RM85 (Sabah/Sarawak ) Assalamualaikum ...
-
Cure Yeast Infection? - Yeast Infection Free Forever™ is a digital guide that shows you how to cure yeast infection safely, naturally and permanently at Home in 12 Hours or Les...
-
Ayam Rebung Asam Pedas - *Bahan-Bahan* Ayam yg dipotong kecil-kecil (gunakan ½ ekor sahaja) *Bahan-Bahan ini hendaklan diblend* 3 biji bawang besar (saiz sederhana) 3 ulas baw...
-
Segera Masuk Ke Dalam Akaun Anda Setiap Minit - Bukan jual produk, bukan cari pembeli…hanya online facebook..follow TEKNIK dberi sahaja…. Pendapatan harian..komisen 100% terus ke account bank anda… MAH...
.:Leave Your Link Here:.
PetuaMelayu
Petua Dari Badruzamani
Petua Sejagat
Dari Pakar
Soleh.Net
Label
petua dapur
Petua kesihatan
petua masakan
tip kesihatan
Petua Kekal Sihat
Petua Mengawal Gugup
Petua Merompak Terkini
Tip Memilih Ayam Yang Segar
Tip Ramadhan
Tip persediaan jika berhenti atau diberhenti kerja
Tips Penjagaan Jantung
Tips bila kehilangan anak
petua buat biskut
petua cepat dapat jodoh
petua daging
petua halau cicak
petua kuku
tip perkahwinan
tips yang berkesan menghalau tikus
Penafian
Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment