Google
 

Friday, September 12, 2008

Rambut Beruban & Menghapuskan KUTU

Anda pasti gembira sekiranya rambut anda lembut bak sutera, lebat, hitam, tiada uban dan tiada kutu. Berikut ada beberapa petua yang berkaitan dengan rambut.

1. Rambut Beruban
Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.

2. Rambut Beruban (II)
Ambil minyak kelapa, lendir lidah buaya dan air limau lipis kemudian bacuh hingga sebati.

Lumur diatas kepala selama 30 minit kemudian barulah basuh dengan shampoo yang sesuai. Lakukan 3 kali seminggu.

3. Menghilangkan kutu
Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.

4. Melembutkan Rambut
Lurutkan rambut anda dengan minyak bijan, kemudian esok barulah shampo sehingga bersih. Lap sehingga hampir kering dan gosok dengan minyak bayi atau minyak zaitun. Sekiranya rambut anda lurus bolehlah di sikat terus tetapi kalau kerinting biarkan sehingga kering barulah disikat ini bagi mengelakkan rambut menjadi berbuah dan bercabang.

Klik HEALTH TIPS
Iklan Percuma Selamanya http://freeadportal.blogspot.com
Funny Joke/Video http://just-funny2000.blogspot.com

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih