Google
 

Thursday, August 5, 2010

Penyakit Cacar air




Pengenalan Cacar air (Chicken pox)

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih . Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda-Tanda
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Petua Tradisional

Jika anda atau ahli keluarga anda mengalami cacar air, boleh cuba petua ini. Ambil 4-6 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.A ir rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.  Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Insallah akan berkurangan.

Jika cacar air sudah baik, sudah pasti ada parut. Cuba petua ini  Ambil segengam beras dan dibersihkan. Ambil 5 helai daun asam jawa dan  sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan seperti  bedak sejuk. Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Rawatan Lain
1. Sapu losyen calamine.
2. Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal.
3.  Panadol untuk demam 
4.  Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian 
     pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang 
     masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak 
     berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.





ARTHUR'S CHICKEN POX [VHS] CHICKEN POX EXPLOSIONCaladryl Clear Lotion - 6 oz






1 comment:

armouris said...

lagi info tentang cacar air di SIHAT SELALU - Cacar Air (Chicken Pox)

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih