Google
 

Tuesday, March 18, 2008

Petua Mengawal Gugup


Ramai orang menganggap kegugupan (nervous atau stage fright) merupakan gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi audiens yang ramai bilangannya.Kegugupan ini akan lebih nyata kepada pengucap- pengucap yang tidak berpengalaman.Mereka akan kelihatan pucat,berpeluh,kaku, dan kadangkala menggeletar.Gejala ini jika dibiarkan akan menghilangkan konsentrasi pengucap terhadap isi kandungan ucapannya dan boleh menggagalkan terus sesuatu ucapan. Walaubagaimana pun,gejala kegugupan ini bukanlah suatu penyakit yang berterusan dan tidak boleh di atasi.Ianya boleh dikawal dengan kaedah-kaedah berikut:

i.Sedarilah bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapai oleh pengucap

Semua pengucap yang normal sama ada berpengalaman atau tidak, tidak akan terlepas daripada merasai kegugupan sewaktu hendak mula berucap.Ini adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal.Malah pakar-pakar pidato barat berpendapat bahawa kegugupan adalah sesuatu yang baik.Bagi mereka ianya merupakan suatu petanda bahawa kita mengambil berat terhadap audiens dan isi bicara kita. Jadi kita perlu menyakinkan diri kita sendiri bahawa pada hakikatnya kegugupan adalah fenomena biasa yang dirasai oleh semua orang, samalah seperti rasa lapar atau mengantuk.Dengan cara ini secara psikologi, kita dapat meghilangkan kerunsingan apabila kita gugup dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang hendak kita ucapkan seterusnya.

ii.Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa

Memang benar, keyakinan tidak dapat dibuat-buat dan pendengar mudah menilai sama ada kita yakin atau tidak dengan bicara kita.Tetapi kita perlu sedar bahawa keyakinan adalah perkara dalaman (internal) yang tidak seratus peratus dapat dibaca oleh audiens. Melainkan dengan perbuatan kita sendiri yang mengambarkan kita tidak yakin untuk berhujah. Umpamanya,perbuatan seperti mengaru kepala, merenung siling, memandang lantai dan sebagainya. Kita perlu faham bahawa kita akan kelihatan lebih berkeyakinan di mata audiens, daripada apa yang kita sendiri rasa.Malah kita akan kelihatan lebih yakin lagi sekiranya kita dapat menghindar perbuatan-perbuatan negatif yang boleh mengambarkan kegugupan kita.

iii.Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengalaman sahaja yang dapat mengurangkan kegugupan,ke paras yang optimum,yang tersembunyi di mata audiens.Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Oleh itu rebutlah peluang untuk berhadapan dengan audiens atau berlatihlah berucap di hadapan kawan-kawan, ini juga boleh memberi pengalaman berucap.

iv.Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan kita

Satu lagi perkara untuk diingati ialah bahawa sebenarnya tiada audiens yang mengharapkan kegagalan ucapan kita.Mereka datang untuk mendengar buah bicara, di samping berkongsi pengetahuan dengan kita.Jadi sampaikanlah buah bicara kita sebaik mungkin dan jangan kecewakan mereka.Lazimnya audiens amat mudah memaafkan kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap.

v.Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapnya

Apabilla kita berasa gugup, fikirkan apakah idea-idea utama seterusnya yang telah kita gariskan untuk kita ucapkan.Jangan sekali-kali berhenti berucap dan menumpukan fikiran kepada gaya mana sesuatu isi itu hendak dilafazkan.Ini boleh menjadikan kita lebih gugup.Sebenarnya berucap itu sendiri merupakan satu kaedah untuk mengurangkan kegugupan.Jadi janganlah berhenti.Sebaliknya teruskan ucapan sambil cuba menumpukan perhatian kepada idea-idea utama atau isi ucapan yang telah kita susunkan.

vi.Buat persediaan yang secukupnya

Inilah cara yang paling berkesan untuk mengawal gugup.Ramai yang bersetuju bahawa kegugupan berlaku kerana kurang persediaan.Oleh itu sebelum berucap, buatlah persediaan yang rapi dari segi isi,penyusunan isi,contoh-contoh atau petikan-petikan yang berkaitan dengan subjek dan peruntukan masa yang telah diberikan kepada kita.Jangan lupa berlatih, ini juga merupakan sebahagian dari persediaan.

vii.Gunakan kaedah-kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan

Terdapat beberapa cara untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.Kaedah ini dilakukan sebelum berucap.Antara kaedahnya ialah bertafakur sejenak, menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan atau membaca sepotong doa.Kaedah-kaeadah ini mungkin berfungsi kepada beberapa orang, tetapi bagi orang lain tidak.Akan tetapi kebanyakan pengucap bersetuju bahawa ketenangan dan pemusatan fikiran perlu untuk menjadikan ucapan lebih berkesan, berbanding dengan berucap secara tergopoh-gopoh dan dengan fikiran yang berkecamuk




To read more please visit us a http://petua-world.blogspot.com
Joke & humor oasis , All Adsense tips , FeminiWorld, Free Software available
Malaysian On News, CelebrityStory TodayhotFM

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih