Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan Bersama Orang Dicintai Impian Setiap Insan
Biasanya pada hujung tahun dan setiap cuti sekolah ramai yang akan mengadakan kenduri kawin. Bagaimana dengan anda? Sudahkan anda berumahtangga ? Jika duit masalahnya ikutilah petua dibawah ini,
1. Membuat Simpanan Bulanan
2. Elakkan Penggunaan Kad Kredit
Elakkan menggunakan kad kredit kerana kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja dengan berlebihan tanpa anda sedari. Beli barang/perkhidmatan yang anda mampu sahaja dan elakkan daripada berhutang. Amalkan konsep ini `` Sudah Cukup Wang, Barulah Beli'.
3. Buat Senarai Perbelanjaan
4. Ambil Insuran
Sebagai langkah untuk mengurangkan risiko, anda dinasihatkan untuk mengambil insuran yang merangkumi kesihatan dan simpanan sebagai persiapan anda untuk masa hadapan. Anda juga boleh `hadiahkan' premium insurans sebagai `hantaran kepada bakal isteri anda nanti. Sekurang-kurang isteri anda nanti mendapat perlindungan dan tabungan untuk masa depannya.
5. Berbincangan Dengan Bakal Pasangan
Buat perbincangan awal dengan bakal isteri/suami anda terutama dari simpanan bulanan, supaya bakal suami/isteri juga turut menyimpan dan tidak terlalu berharap kepada tabungan anda sahaja.
6. Mengikuti Program Perkahwinan Secara Beramai-Ramai (Perkahwinan Perdana)
Sekiranya tidak menjadi halangan bagi kedua-dua belah keluarga pengantin, anda boleh memilih untuk melangsungkan perkahwinan anda secara beramai-ramai sama ada bersama dengan adik beradik yang lain atau satu kariah. Sebagai contoh perkahwinan perdana dikampung Delek Kelang yang telah disertai oleh 44 orang pasangan dan sertai oleh 2,000 orang.
Nota : Insallah bila sampai seru..
No comments:
Post a Comment