Google
 

Sunday, October 23, 2011

Melegakan Cirit Birit

Pengenalan Ciri-Birit.
Cirit-birit ialah masalah sistem pencernaan/penghadaman yang disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan kuman (virus, bakteria, parasit) dalam makanan atau air yang diminum, pengawet makanan, alahan makanan, ubat-ubatan yang kurang sesuai, dan susu yang tidak serasi kepada bayi/kanak-kanak.

Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. Maklumlah macam-macam jenis makanan kat malaysia, semua nak disentalnya. Mungkin juga, disebabkan alahan kepada makanan laut dan (gluten atau laktosa).  Namun ditekankan, sakit cirit birit ini boleh membawa maut, jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.
 
Diantara punca-punca cirit birit. 
  1.  situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif.
  2.  penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman
  3. kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan
  4. berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
  5. pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus
  6. jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
  7. Ada kes yang lain, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus
    Diantara petua yang boleh melegakan ciri-birit anda,
    1. Bancuh tiga sudu tepung gandum tanpa gula bersama air suam. Kacau dan minum segera. Amalkan selalu sehingga cirit birit lega dan sembuh.

    2. Ambil pucuk jambu batu muda. Bersihkan  dengan air bersih  dan rebus kemudian sejukkan air tersebut dan diminum sehinggalah cirit birit sembuh.

    Selamat mencuba dan beramal.

    No comments:

    Popular Posts

    Best ! Blog To Visit

    .:Leave Your Link Here:.


    PetuaMelayu

    Petua Dari Badruzamani

    Petua Sejagat

    Dari Pakar

    Soleh.Net

    Penafian

    Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih