Google
 

Wednesday, August 17, 2011

Petua Membuat Biskut Raya


Fatin terima kasih kepada http://kakcikrecipes.blogspot.com
 
Assalamualaikum, apa khabar semua?. Tidak lupa juga Fatin mengucapkan salam ramadhan dan selamat menyambut hari raya.  Sekarang ini kita telah ke ramadhan ke 17, bagaimana dengan persiapan menyambut Hari Raya?.  Kali ini Fatin ingin berkongsi petua membuat biskut raya, semoga anda berjaya membuat biskut raya yang sedap dan jangan lupa `komisen' nya sebalang dua he he he..
 
Diantara petua membuat biskut yang boleh Fatin berkongsi,
  • Sebelum mula membakar, baca dan fahamkan resipi dan sediakan semua perkakas dan bahan yang diperlukan.
  • Bahan-bahan kering seperti tepung, oats, garam, soda bikarbonate hendaklah digaul supaya dimasuki udara (aeration). Bahan-bahan kering harus disukat mengunakan cara "dip and level". Masukkan sukatan cawan atau sudu dan ratakan dengan belakang pisau.
  • Gunakan sukatan kaca untuk bahan cecair seperti susu, air, minyak dll, sukat pada aras mata (eye level).
  • Acuan pembancuh haruslah dibersihkan tepinya ketika mengadun, supaya mendapat adunan yang rata.
  • Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat dibakar dengan seimbang.
  • Bakar satu dulang adunan biskut pada satu masa supaya udara panas dapat membakar biskut dengan seimbang. Letakkan dulang pembakar di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas mudah mengalir. Ada ketuhar yang mempunyai "hot spots". Jika biskut cepat masak pada satu "hot spot", putarkan loyang pembakar apabila telah hampir setengah masa waktu membakar.
  • Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut. Selalunya mengambil masa 15 minit, masa bergantung kepada ketuhar yang anda gunakan.
  • Dalam setiap resipi, ia akan menyatakan masa yang perlu untuk membakar biskut. Faktor lain seperti suhu kepanasan dan lain-lain juga menentukan kepanasan sesebuah ketuhar. Gunakan "timer" dan set kepada waktu minima mengikut resipi dan kemudian cuba pastikan sama ada biskut sudah pun masak.
  • Sebelum menyimpan biskut yang baru dibakar, pastikan yang ia betul-betul sejuk untuk mengelakkan mendapat biskut yang tidak rangup.
  • Simpan biskut di dalam bekas yang berlainan supaya baunya tidak bercampur bersama biskut-biskut yang lain. Untuk biskut yang rangup, simpan di dalam bekas kedap udara.
  • Kebanyakan biskut boleh dibekukan paling lama untuk sebulan. Bungkus dengan aluminium foil atau plastik cling wrap, labelkan dengan haribulan sebelum dibekukan.
  • Biskut yang menggunakan butter adalah lebih lemak dan sedap berbanding mengunakan majerin.
  • Untuk uji biskut cukup masak atau tidak tekan perlahan guna jari pd permukaan ...biskut yg masak akan kekal bentuknya dan mudah dikuis alih dr loyang pembakar tanpa pecah dan akan menjadi ranggup ketika menyejukkannya.
  • Jangan takut nak buka oven utk pastikan biskut masak atau tidak, pusing2kan dulang kalau perlu, cara terbaik pusing 45 darjah, kalau oven kuasa kipas anda tak perlu memusingkan loyang pembakar kerana pusingan habanya memang dah sekata.
  • Jangan terlalu banyak menyapu mentega pd dulang pembakar, akan sebabkan biskut menjadi lebam di bahagian bawah
Terima Kasih buat : Kak Noraini, Paku-Pakis, Secangkir Teh Sepiring Kuih,

No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih