
Ermm sedapnya kalau dapat makan pulut kuning dengan redangkan. Walaubagaimana bukan senang untuk membuat pulut kuning, kalau kena gaya pulut lembik,mudah basi dan macam-macam lagilah.
Disini saya sertakan petuanya, iaitu pertamanya reendamkan pulut semalaman agar elok kembangnya. Campurkan beberapa keping asam gelugur atau air kelapa, agar pulut kelihatan berkilat setelah dimasak.
Untuk mengelak pulut cepat basi, perah santan menggunakan air suam. Kemudian panaskan santan dengan garam. Tetapi jangan sampai mendidih.
Didih kukusan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan pulut yang wangi, siat-siatkan daun pandan sebelum tanak atau mengukus.
Gaulkan santan dengan pulut ketika pulut masih panas, agar tidak melekat.
Cubalah Insallah anda akan berjaya (Kalau menjadi, jangan lupa jemput saya k )
Tip-Tip Untuk `Orang Yang Sudah Berkahwin Sahaja"
Koleksi Masakan Terhebat
Iklan Percuma Selamanya
Funny Joke/Video
1 comment:
pulut tu n santan kena guna byk maner?xbg sukatan pun
Post a Comment