Google
 

Sunday, February 6, 2011

Menambah Susu Ibu

Milkies Milk-Saver Breast Milk Collector (1) BPA FreeThe Womanly Art of Breastfeeding (La Leche League International Book)The Nursing Mother's Companion, Fifth Revised Edition

Diantara petua/amalan yang boleh diamalkan untuk menambah susu ibu,

A. Banyak minum air masak selalu ini kerana memerlukan banyak air untuk menghasilkan 
     susu.

B. Berfikiran positif untuk menyusukan anak anda. Jangan panik jika susu anda berkurang, 
    sebaliknya susukan anak seperti biasa.

C. Kerap mengepam susu dan bayangkan wajah anak anda semasa mengepam.


D.  Elakkan Stress dan dapatkan sokongan suami anda.


E.  Makanan yang merangsang pengeluaran susu ialah seperti dibawah :

  1. Makan banyak makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.   
  2. Kurma – makan begitu sahaja panas. 
  3. Jambu batu, betik – makan begitu sahaja.
  4. Lobak putih, peria – dijadikan jus atau sup.
  5. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  6. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng
  7. Klorofi
  8. Chlorella
  9. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  10. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  11. Air longan – boleh beli longan kering dari pasaraya dan direbus sehingga kembang.
  12. Red  raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  13. Halba – direndam dalam air mendidih atau dimasukkan ke dalam masakan.
  14. Habbatus sauda atau jintan hitam.
  15. Barli – air atau bubur barli.
  16. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  17. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  18. Jantung pisang dicelur atau masak lemak.
  19. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  20. Pucuk betik atau bunga betik jantan.
  21. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  22. Air horlicks
  23. Susu dan produk tenusu
  24. Teh hijau jepun
  25. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  26. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu. 


No comments:

Popular Posts

Best ! Blog To Visit

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih