Google
 

Friday, April 25, 2008

Khasiat Daun Inai


Inai bukan sahaja digunakan untuk memerahkan jari tetapi boleh digunakan untuk merawat luka sama ada luka luaran atau pun dalaman. Jika kulit anda luka, ambil beberapa helai daun inai , tumbuk hingga lumut dan sapukan pada luka tersebut insallah ia boleh memberhentikan darah.

Bagi wanita yang bersalin atau selepas perbedahan makan 7 helai daun inai pada waktu pagi dan 7 helai pada waktu petang sehingga sembuh.


Joke & humor oasis , All Adsense tips , FeminiWorld, Free Software available
Malaysian On News, CelebrityStory TodayhotFM

Saturday, April 19, 2008

Susah Tidur


Jika anda mengalami penyakit sukar lena tidur pada setiap malam, memang merunsingkan. Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.

Selalu menguap dan mengatuk. Dalam perkara ini anda dinasihatkan supaya mencari buah pala.


Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala. Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur
dengan lena.

Joke & humor oasis , All Adsense tips , FeminiWorld, Free Software available
Malaysian On News, CelebrityStory TodayhotFM

Friday, April 11, 2008

Memutihkan Gigi & Mengatasi Sakit Gigi Geraham

Memutihkan Gigi Anda

1. Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

2. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika. Kemudian cuci dengan air.

3. Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.

4. Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.

Untuk mengurangkan sakit gigi geraham sila ikuti petua dibawah ini

Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Sunday, April 6, 2008

Petua Mencuci kerak periuk


Membersihkan kerak periuk memang menyeksakan dan amat sukar. Kita selalu menggunakan berus dawai sehingga boleh merosakkan periuk tersebut. Kini ada cara yang lebih mudah iaitu menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.

Joke & humor oasis , All Adsense tips , FeminiWorld, Free Software available
Malaysian On News, CelebrityStory TodayhotFM

Popular Posts

.:Leave Your Link Here:.


PetuaMelayu

Petua Dari Badruzamani

Petua Sejagat

Dari Pakar

Soleh.Net

Penafian

Petua ini adalah koleksi saya yang saya perolehi dari rakan & keluarga. Kemujaraban mungkin berbeza bergantung kepada keserasian individu. Sebarang KEROSAKAN dan KERUGIAN adalah atas tanggungjawab sendiri. Terima Kasih